pregnancy

Wednesday, January 13, 2010

KehaRmoniaN Rumah TangGa

Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumah tangga. Junjungan kita Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri beliau.


TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI

Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” 
Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”.

(Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)


MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT

Dari Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


MANDI BERSAMA ISTERI

Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." 

(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


 
DISIKATKAN OLEH ISTERI

Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid". 

(Hadis Riwayat Ahmad)


MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN

Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." 

(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)



MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA


Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." 

(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)



MEMBELAI ISTERI

"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“

(Hadis Riwayat Ahmad)


MENCIUM ISTERI


Dari Aisyah RA, bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan beliau tidak 
mengulangi wuduknya." 

(Hadis Riwayat Abdurrazaq)


Dari Hafshah RA, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." 

(Hadis Riwayat Ahmad)



BERBARING DI PANGKUAN ISTERI

Dari Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.“
 
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)


MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).


MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA

Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." 

(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)


MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI


Dari Aisyah RA, dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu." 

(Hadis Riwayat Nasai)


MEMBERIKAN HADIAH

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." 

(Hadis Riwayat Ahmad)



SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA


Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan....... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

No comments:

Post a Comment